"Anak tak dapat, duit melayang"
Seorang suami yang disahkan tidak subur mengupah jirannya yang sudah mempunyai seorang isteri dan dua orang anak untuk menghamilkan isterinya kerana terlalu teringin mempunyai anak.
Menurut laporan, lelaki itu membayar jirannya sebanyak RM 11 Ribu secara ansuran namun gagal juga mendapatkan anak setelah 72 kali percubaan.
Lelaki yang berang dengan percubaannya yang tidak berhasil mendapatkan anak bertindak menfailkan saman terhadap jirannya yang didakwa menipu dan mengalami kerugian RM 11 Ribu.
Setelah diperiksa, jirannya juga didapati tidak subur manakala dua anak tersebut adalah anak angkatnya. - Agensi
#luarnegara
#jerman