Guru ditemui tidak bernyawa, kereta dipandu hilang kawalan


Guru ditemui tidak bernyawa, kereta dipandu hilang kawalan

"Semasa melalui Jalan Setia 2, kereta model Toyota Vios yang dipandunya itu telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam parit," ujar polis

MUKAH: Seorang guru ditemui mati selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit di Jalan Setia Raja pada jam 1.20 petang tadi.


Ketua Polis Daerah Mukah, Muhamad Rizal Alias dalam kenyataannya berkata, semasa kejadian, kereta dipandu mangsa,  Abdul Malek Mahden, 57 dikatakan sedang bergerak dari arah Masjid Setia Raja menuju ke Simpang 4 Jalan Wawasan.


"Semasa melalui Jalan Setia 2, kereta model Toyota Vios yang dipandunya itu telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam parit," ujar beliau.


Ekoran daripada kemalangan itu katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Hospital Mukah akibat mengalami kecederaan dalaman.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Mukah bagi tujuan bedah siasat.

Kes ini katanya masih lagi dalam siasatan.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!