Seorang wanita bertindak agresif dengan memotong kemaluan suaminya sendiri selepas mendapati suaminya curang dengan wanita lain.
Mangsa 32 tahun ditangkap sedang melakukan hubungan seks bersama seorang janda anak satu di rumah janda berkenaan.
Isteri mangsa sudah mengesyaki bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain kerana mangsa sering keluar rumah selepas pulang dari kerja.
Biasanya pulang hanya untuk berehat dan makan, selang beberapa jam mangsa akan keluar rumah hingga ke tengah malam baru pulang.
Perlakuan itu disedari isteri mangsa yang curiga terhadap perubahan sikap suaminya bertindak mengekori suaminya secara diam-diam.
Hingga isteri mangsa menangkap sendiri suaminya sedang melakukan seks bersama janda tersebut. Wanita itu hilang pertimbangan hingga bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau kerana terlalu marah dan emosi.
Mangsa dikejarkan ke hospital akibat cedera parah dan mengalami pendarahan yang banyak manakala si isteri ditangkap polis dan akan dihukum atas perbuatannya. - Agensi