Tikus makan mayat mangsa kemalangan di bilik mayat
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seekor tikus terakam sedang memakan isi paha mayat mangsa yang dipercayai maut akibat kemalangan di bilik mayat.
Difahamkan mayat tersebut dibiarkan terbuka dan dibiarkan semalaman tanpa dijaga sesiapa. Keesokkan harinya petugas hospital terkejut selepas mendapati seekor tikus sedang memakan isi paha mayat tersebut hingga berlubang.
Rata-rata netizen mengecam kecuaian pihak hospital yang tidak bertanggungjawab hingga membiarkan mayat tersebut dibiarkan secara terbuka tanpa ditutup. - Agensi
#luarnegara