Kanak-kanak 11 tahun pacu motor sejauh 230km bawa ayah(lumpuh) pergi berubat setiap 10 hari
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang kanak-kanak memacu motorsikal roda tiga yang membawa bapanya yang terlantar sakit untuk pergi berubat.
Ketika ditemui, terlihat kanak-kanak itu berhenti di tepi jalan untuk berehat sebelum didatangi beberapa orang untuk membantunya.
Rahmad Aulia berusia 11 tahun seharusnya berada di bangku sekolah bersama kanak-kanak lain namun rela berhenti sekolah demi menjaga dan merawat bapanya yang terlantar sakit.
Setiap 10 hari, Rahmad akan memacu motorsikal roda tiga membawa ayahnya ke hospital untuk membuang cecair dalam badan. Perjalanan tersebut difahamkan mengambil masa selama 8 jam lebih dari jarak rumahnya ke hospital.
Hospital Zainoel Abidin Banda terlalu jauh dari rumahnya kerana hospital itu sahaja yang mempunyai peralatan yang canggih.
Rahmad bekerja menarik pukat untuk mengumpul wang pembiayaan perubatan ayahnya selain digunakan untuk biaya perjalanan dari rumahnya ke hospital.
Ibunya telah lama meninggal dunia dan Rahmad mengalas tanggungjawab menjaga bapanya sejak bertahun-tahun. Difahamkan banyak pihak datang untuk menghulurkan bantuan sejak beritanya tersebar di media. - Agensi
#Aceh